Selasa, 21 Julai 2009

NASIHAT

Ada padi ada beras,
Bertanak nasi periuk tembaga;
Ada budi ada balas,
Orang berbudi kita berbahasa.

Bunga Melati bunga didarat,
Bunga Seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

SEMPENA NAMA "SERAH KEPADA AWAK"

Pada abad ke-18,di bahagian hulu Sungai Sarawak terdapat kegiatan melombong antimoni oleh penduduk tempatan.Pada masa itu, kawasan tersebut dikuasai oleh pembesar tempatan.
Apabila Brunei hendak menguasai kawasan itu, penduduk tempatan sangat
mengalu-alukannya .Mereka sering menyebut perkataan "serah kepada awak". Lama -kelamaan perkataan tersebut diringkaskan menjadi "SARAWAK".Oleh itu ,kawasan tersebut dinamai Sarawak.

Ahad, 19 Julai 2009

MAKSUD PEMIMPIN

Pemimpin ialah orang yang bertanggungjawab memimpin sesebuah kumpulan persatuan atau negara.Contohnya ketua kelas,guru besar,ibu bapa, perdana menteri dan yang dipertuan Agong.
Kita hendaklah beradab dengan pemimpin untuk menjamin keharmonian dalam negara.

KEBAIKAN MENGURUS DIRI

KEBERSIHAN
Banyak faedah menjaga kebersihan,
Kesihatan terjamin mendapat kawan,
Diberi pahala sebagai ganjaran,
Disukai manusia terutama tangan.

Jumaat, 17 Julai 2009

INDAHNYA BUMI MALAYSIA

Laut membiru pantai berseri ,
Dasarnya cantik sekali,
Pangkur,redang,sipadan,langkawi,
Pulau terkenal serata negeri.

Dari tanaman dapat makanan,
Sawit dan getah barang dagangan,
Alam yang indah menarik pelancongan,
Makmur sejahtera jadi idaman.

PERJANJIAN AQABAH

Dakwah Islam yang disampaikan rasul Allah S.W.T diterima oleh sebahagian masyarakat luar Mekah khususnya dari Madinah.Setelah enam orang Madinah memeluk Islam pada musim haji tahun kesebelas kerasulan menyebabkan berlakunya perjanjian aqabah.Perjanjian ini mengambil sempena nama bukit aqabah iaitu tempat perjanjian tersebut diadakan .Perjanjian aqabah merupakan strategi rasul Allah S.W.T untuk memperkembangkan dakwah kepada penduduk Madinah.